Thursday 4 April 2013

Bab 1 Gurisan Ke Bawah
















Panduan Untuk Mentranskrip

PANDUAN UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN

  •   Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam  trengkas.
  • Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskan dalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah. 
  •  Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip

SEMASA MENTRANSKRIP TENTUKAN

1. Perkataannya betul perkataan bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang
    telah menjadi perkataan bahasa Malaysia. Contohnya petang BUKAN peting,
    petung, putung, putang dll.
2. Ayatnya betul mengikut jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya
    BUKAN: Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima
    kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih.
3. Ayat memberi makna yang munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan
    diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola sepak akan mengadakan di padang….Kos  
     bangunan

Cara Menguris Gurisan Kebawah


Transkripkan Gurisan dibawah

Sila transkripkan gurisan dibawah dan hantar transkripsi itu ke trengkas1@gmail.com



Kuiz 1

 
Sila CLICK  disini untuk menguji kemahiran anda.

Terima kasih kerana mencuba.

Bab 1 Gurisan Melintang












Kuiz 2

 
Sila CLICK disini untuk menguji kemahiran anda

Cara Menguris Gurisan Melintang + Gurisan Kebawah


Wednesday 3 April 2013

Jawapan Kuiz My Trengkas


Jawapan Kuiz 1

1. Bapa ada ubi dan tebu. Ibu puji bapa. Dengan itu ibu dapat ubi dan tebu bapa.

2. t

3. Kosonan pertama dalam perkataan tersebut.

4. Apabila terdapat vokal u di awal perkataan.

5. Ringkasan.

Jawapan Kuiz 2

Sejak bapa Samad, Sidek dan Senu iaitu Encik Asim bin Kasim tidak ada Samad, Sidek dan Senu masing-masing usaha dengan saksama. Samad tidak bosan menanam pokok-pokok pisang didusun bapanya yang kosong itu. Ia disokong oleh adik-adiknya. Keadaannya yang miskin itu mendesak Sidek dan Snu mengadu nasib di ibukota yang sesak dan busuk dengan usaha pembangunan yang pesat itu. Dengan menjaja buah-buahan pasti Sidek dan Senu akan dapat pendapatan yang tinggi. Pada susim buah-buahan banyak buah-buahan yang dijaja oleh Sidek dan Senu. Buah-buahan itu ada yang masak dan sedap adajuga yang masam. Jika ada pesta Sidek dan Senu pasti akan memesan banyak lagi buah-buahan.

Jawapan Kuiz 3

Padi rosak diserang serangga. Banyak petani terpaksa menanggung kerugian apabila padi milik mereka diserang serangga sejak sebulan lalu. Rata-rata padi ditempat itu menjadi reput dan rosak selepas diserang serangga. Ini merupakan kejadian yang pertama berlaku di kampung itu.

Jawapan Kuiz 4

Fatin mempunyai vokal yang mantap. Dia ke sekolah naik van. fatin aktif dan fasih menyanyikan lagu dlam filem cina. Bapanya menjadi muflis dalam bulan November. Bapanya selalu sesak nafas dan perlu makan vitamin. Bapanya menjadi pasif dan faham visanya telah digantung.

Jawapan Kuiz 5

Wahab bin Yunus seorang anak yatim yang ingin masuk universiti untuk menjadi wartawan. Pada waktu ini dia sibuk usaha untuk mendapatkan wang yang banyak. Dia sedar dia seorang anak yatim dan wajib bekerja untuk menjaga emak dan adiknya. Dengan usaha pasti berjaya.


Jawapan Kuiz 6

Filem angkat kaki turut dicalonkan dalam festivel filem Malaysia. Maklumat awal diterima yang kontroversi akan timbul  jika filem tersebut menang. Filem ini akan diimport ke destinasi yang belum dipastikan lagi. Hal ini menjadi rumit jika tiada komunikasi  ianya perlukan perbincangan lanjut.

Jawapan Kuiz 7

Dukacita saya menyatakan bahawa komputer yang diimport oleh pihak jabatan tidak diterima. Kontena telah hilang tanpa sebab. Kompaun akan dikenakan. Turut ikut memberikan komen adalah Menteri Besar. Dia menyeru supaya berjimat cermat dan mustahak untuk  berkomunikasi dua hala dengan lebih baik.

Jawapan Kuiz 8

Semasa saya di sekolah rendah saya ingin menjadi Menteri Besar. Saya turut bersukacita   dan tunduk hormat apabila menerima komputer riba dari para kontraktor. Dalam konteks ini komunikasi  mustahak supaya institusi  ikut memainkan peranan penting dalam memberikan nasihat kepada pelajar sekolah.

 

Sistem Pitman 2000