My Trengkas
MY TRENGKAS
Tuesday, 1 December 2020
Saturday, 4 April 2015
Prinsip Asas dalam Trengkas
PERATURAN MENGURIS
Kursus PK 203 akan menggunakan Sistem Pitman 2000.
- Gunakan pensil 2B
- Gunakan kertas yang bergaris standard saiz (jangan terlalu kecil)
- Pemadam hanya digunakan bila perlu, semasa kepantasan pemadam tidak diperlukan
- Tangan yang menguris sebaik-baiknya tidak memakai jam @ gelang tangan.
- Jangan sekali-kali menulis rumi semasa membuat kepantasan.
PENDAHULUAN
Kursus PK 203 akan menggunakan Sistem Pitman 2000.
- Trengkas Pitman 2000 adalah alat bagi mengingat kembali kepada apa yang dipertuturkan.
- Ia tidak berguna langsung jika para pelajar tidak dapat membaca semula /mentranskrip apa yang tertulis.
- Para pelajar hendaklah mengenal sendiri segala gurisan yang pelajar telah buat.
- Sewaktu mengambil rencana pelajar hendaklah menulis dengan fahaman.
- Sewaktu membaca semula/mentranskrip pelajar hendaklah cuba mengingat semula
- apa yang dipertuturkan dan tulisan Trengkas adalah ALAT sahaja. INGAT: Apa yang dituturkan adalah BETUL.
- Oleh kerana apa yang dipertuturkan adalah BETUL, segala kesalahan adalah kesalahan pelajar sendiri bukan kesalahan orang yang bercakap. Oleh itu pelajar berkewajipan mentranskrip yang BETUL sahaja.
- Ayat yang ditranskripkan hendaklah memberi makna yang munasabah dengan jalan bahasa yang betul
Mengetahui prinsip – prinsip asas Trengkas
berdasarkan Sistem Pitman 2000
- Hampir semua bahasa di dunia ini terdapat dalam 2 bentuk iaitu LISAN dan TULISAN.
- Kedua-dua bentuk ini boleh bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain iaitu LISAN -> TULISAN & TULISAN -> LISAN
- Lisan meninggalkan sedikit kesan dan sangat mudah dilupa tetapi TULISAN meninggalkan kesan yang berkekalan dan boleh dirujuk kembali jika terlupa.
- Dalam bahasa Malaysia terdapat 2 jenis tulisan bagi merekod apa yang ditutur iaitu tulisan RUMI dan JAWI.
- Abjab-abjad RUMI dan JAWI tidak boleh dijadikan alat bagi menulis cepat kerana huruf-hurufnya banyak garisan.
- Bagi membolehkan kita menulis dengan agak cepat, Trengkas Sistem Pitman 2000 mengunakan GURISAN (bukan huruf) digunakan bagi melambangkan BUNYI atau FONEM.
- Dalam tulisan rumi dan jawi HURUF melambangkan BUNYI. Dalam trengkas GURISAN melambangkan bunyi
Thursday, 4 April 2013
Panduan Untuk Mentranskrip
PANDUAN
UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN
- Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam trengkas.
- Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskan dalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah.
- Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip
SEMASA
MENTRANSKRIP TENTUKAN
1. Perkataannya betul
perkataan bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang
telah menjadi perkataan bahasa Malaysia.
Contohnya petang BUKAN peting,
petung, putung, putang dll.
2. Ayatnya betul mengikut
jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya
BUKAN:
Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima
kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih.
3. Ayat memberi makna yang
munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan
diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola
sepak akan mengadakan di padang….Kos
bangunan
bangunan
Subscribe to:
Posts (Atom)