Thursday, 4 April 2013
Panduan Untuk Mentranskrip
PANDUAN
UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN
- Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam trengkas.
- Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskan dalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah.
- Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip
SEMASA
MENTRANSKRIP TENTUKAN
1. Perkataannya betul
perkataan bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang
telah menjadi perkataan bahasa Malaysia.
Contohnya petang BUKAN peting,
petung, putung, putang dll.
2. Ayatnya betul mengikut
jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya
BUKAN:
Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima
kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih.
3. Ayat memberi makna yang
munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan
diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola
sepak akan mengadakan di padang….Kos
bangunan
bangunan
Wednesday, 3 April 2013
Jawapan Kuiz My Trengkas
Jawapan Kuiz 1
1. Bapa ada ubi dan tebu. Ibu puji bapa. Dengan itu ibu
dapat ubi dan tebu bapa.
2. t
3. Kosonan pertama dalam perkataan tersebut.
4. Apabila terdapat vokal u di awal perkataan.
5. Ringkasan.
Jawapan Kuiz 2
Sejak bapa Samad, Sidek dan Senu iaitu Encik Asim bin Kasim
tidak ada Samad, Sidek dan Senu masing-masing usaha dengan saksama. Samad tidak
bosan menanam pokok-pokok pisang didusun bapanya yang kosong itu. Ia disokong
oleh adik-adiknya. Keadaannya yang miskin itu mendesak Sidek dan Snu mengadu
nasib di ibukota yang sesak dan busuk dengan usaha pembangunan yang pesat itu.
Dengan menjaja buah-buahan pasti Sidek dan Senu akan dapat pendapatan yang
tinggi. Pada susim buah-buahan banyak buah-buahan yang dijaja oleh Sidek dan
Senu. Buah-buahan itu ada yang masak dan sedap adajuga yang masam. Jika ada
pesta Sidek dan Senu pasti akan memesan banyak lagi buah-buahan.
Jawapan Kuiz 3
Padi rosak diserang serangga. Banyak petani terpaksa
menanggung kerugian apabila padi milik mereka diserang serangga sejak sebulan
lalu. Rata-rata padi ditempat itu menjadi reput dan rosak selepas diserang
serangga. Ini merupakan kejadian yang pertama berlaku di kampung itu.
Jawapan Kuiz 4
Fatin mempunyai vokal yang mantap. Dia ke sekolah naik van.
fatin aktif dan fasih menyanyikan lagu dlam filem cina. Bapanya menjadi muflis
dalam bulan November. Bapanya selalu sesak nafas dan perlu makan vitamin.
Bapanya menjadi pasif dan faham visanya telah digantung.
Jawapan Kuiz 5
Wahab bin Yunus seorang anak yatim yang ingin masuk universiti
untuk menjadi wartawan. Pada waktu ini dia sibuk usaha untuk mendapatkan wang
yang banyak. Dia sedar dia seorang anak yatim dan wajib bekerja untuk menjaga
emak dan adiknya. Dengan usaha pasti berjaya.
Jawapan Kuiz 6
Filem angkat kaki turut dicalonkan dalam festivel filem
Malaysia. Maklumat awal diterima yang kontroversi akan timbul jika filem tersebut menang. Filem ini akan
diimport ke destinasi yang belum dipastikan lagi. Hal ini menjadi rumit jika
tiada komunikasi ianya perlukan
perbincangan lanjut.
Jawapan Kuiz 7
Dukacita saya menyatakan bahawa komputer yang diimport oleh
pihak jabatan tidak diterima. Kontena telah hilang tanpa sebab. Kompaun akan
dikenakan. Turut ikut memberikan komen adalah Menteri Besar. Dia menyeru supaya
berjimat cermat dan mustahak untuk
berkomunikasi dua hala dengan lebih baik.
Jawapan Kuiz 8
Semasa saya di sekolah rendah saya ingin menjadi Menteri
Besar. Saya turut bersukacita dan
tunduk hormat apabila menerima komputer riba dari para kontraktor. Dalam
konteks ini komunikasi mustahak supaya
institusi ikut memainkan peranan penting
dalam memberikan nasihat kepada pelajar sekolah.
Monday, 1 April 2013
Jom Pratice Speed
Sila baca rencana di bawah mengikut masa yang diberikan. Rakamkan bacaan tersebut. Dengarkan semula rakaman tersebut sambil menguris gurisan tersebut dan transkripkan gurisan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)