Thursday 4 April 2013

Panduan Untuk Mentranskrip

PANDUAN UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN

  •   Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam  trengkas.
  • Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskan dalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah. 
  •  Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip

SEMASA MENTRANSKRIP TENTUKAN

1. Perkataannya betul perkataan bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang
    telah menjadi perkataan bahasa Malaysia. Contohnya petang BUKAN peting,
    petung, putung, putang dll.
2. Ayatnya betul mengikut jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya
    BUKAN: Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima
    kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih.
3. Ayat memberi makna yang munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan
    diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola sepak akan mengadakan di padang….Kos  
     bangunan

Sistem Pitman 2000