Saturday 4 April 2015

Prinsip Asas dalam Trengkas

PERATURAN MENGURIS
  • Gunakan pensil 2B
  •  Gunakan kertas yang bergaris standard saiz (jangan terlalu kecil)
  • Pemadam hanya digunakan bila perlu, semasa kepantasan pemadam tidak diperlukan
  • Tangan yang menguris sebaik-baiknya  tidak memakai jam @ gelang tangan.
  • Jangan sekali-kali menulis rumi semasa membuat kepantasan.
PENDAHULUAN

Kursus  PK 203   akan menggunakan Sistem Pitman 2000.
  • Trengkas Pitman 2000 adalah alat bagi mengingat kembali kepada apa yang  dipertuturkan. 
  • Ia tidak berguna langsung jika para pelajar tidak dapat membaca semula  /mentranskrip apa yang tertulis.
  •  Para pelajar hendaklah mengenal sendiri segala gurisan  yang pelajar telah buat.
PANDUAN
  • Sewaktu mengambil rencana pelajar hendaklah menulis dengan fahaman.
  • Sewaktu membaca semula/mentranskrip pelajar hendaklah cuba mengingat semula
  • apa yang dipertuturkan dan tulisan Trengkas adalah ALAT sahaja. INGAT: Apa yang dituturkan adalah BETUL.
  • Oleh kerana apa yang dipertuturkan adalah BETUL, segala kesalahan adalah kesalahan pelajar sendiri bukan kesalahan orang yang bercakap. Oleh itu pelajar berkewajipan mentranskrip yang BETUL sahaja.
  • Ayat yang ditranskripkan hendaklah memberi makna yang munasabah dengan jalan bahasa yang betul
 Mengetahui prinsip – prinsip asas Trengkas berdasarkan Sistem Pitman 2000
  • Hampir semua bahasa di dunia ini terdapat dalam 2 bentuk iaitu LISAN dan TULISAN.
  • Kedua-dua bentuk ini boleh bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain iaitu LISAN  ->  TULISAN & TULISAN  ->   LISAN
  • Lisan meninggalkan sedikit kesan dan sangat mudah dilupa tetapi TULISAN meninggalkan kesan yang berkekalan dan boleh dirujuk kembali jika terlupa.
  • Dalam bahasa Malaysia terdapat 2 jenis tulisan bagi merekod apa yang ditutur iaitu tulisan RUMI dan JAWI.
  • Abjab-abjad RUMI dan JAWI tidak boleh dijadikan alat bagi menulis cepat kerana huruf-hurufnya banyak garisan.
  • Bagi membolehkan kita menulis dengan agak cepat, Trengkas Sistem Pitman 2000 mengunakan GURISAN (bukan huruf) digunakan bagi melambangkan BUNYI atau FONEM.
  • Dalam tulisan rumi dan jawi HURUF melambangkan BUNYI. Dalam trengkas GURISAN melambangkan bunyi


Sistem Pitman 2000